Beautiful Every Time
Bonjour.


Hi stalker! I am Asyiqin. 14.


Twitter


Follow | Dashboard


Stalker.


Credits.


Template by : Shira Radzuan
Basecodes by : Ainabillah
Edited by : Nurul Asyiqin
The pictures by : WeHeartit
Background by : Subtle Patterns
Cursor by : Ayem Rawi

Best view with Google Chrome


Kem Modal Insan :-)

Assalamualaikum,

Hi korang. Kita dah lama tak update blog kan? Sorry busy. Jom kita cerita pasal  21 & 22 April. Syikin ada Kem Jati Diri di Melaka. Okay first syikin nak cakap kem tu paling best yang pernah syikin pergi. Yeah! Macam-macam kitorang buat tau. Menangis, takut, geram, sakit hati, sedih semua ada. Malam pertama kitorang buat macam-macam dah aktiviti. Akiiviti paling best night walk secara solo dalam ladang kelapa sawit. Oh gosh! First time kot buat macam ni. Mula-mula rasa macam menyesal je join kan. Tapi Ya Allah kem ni lah yang berubah syikin ke arah yang lebih berani. Masuk dalam ladang tu pukul 1 pagi. Korang bayangkan... Tapi akhirnya sampai juga dekat kem tu balik. 3 pagi kitorang masuk bilik terus tidur.

22 April 2012 (Ahad)

Harini hari terakhir kitorang dekat sini. Rasa sedih sangat. Kitorang bangun pukul 5 pagi. Dah solat subuh semua pukul 7-8 pagi kitorang diberi rehat dalam bilik sebab kitorang rasa macam penat sangat kan. Then, lepas sarapan semua tu. Aktiviti berkumpul iaitu "explores". Kitorang diberi 6 check points, Pertama kitorang kena berjalan yang jauh pastu pegang belut. Ya Allah... paling geli weh. Tapi kitorang dapat buat sampai habis walaupun masa dah habis. Then, pergi dekat kolam lumpur kitorang kena berendam dalam kolam lumpuh yang dalam lah juga. Dah turun tu okay jugak. Nak naik? Betapa seksanya. Hanya Allah je yang tahu apa perasaan syikin time tu. Tapi dapat juga naik. Thanks kepada ahli kumpulan syikin :')

Lepas tu, kitorang kena buat sth ni tapi gagal, kena merangkak dalam lumpur sampai garisan penamat. Yeah! Lepas tu pergi ladang getah. Getah tu busuk sangat. Tapi apakan daya itulah orang kampung yang susah selalu buat. Syikin time tu rasa sedih sangat. Ada insaf sikit. Walaupun busuk diorang sanggup buat untuk cari rezeki. Lepas tu, kitorang kena kopek kelapa susah juga sebab kitorang kena ketuk kelapa tu guna batu, tembok apa pun sampai jumpa tempurung. Akhirnya boleh juga. Alhamdulillah! Pastu check point yang terakhir kitorang diberi nama "Cari Menantu". Dah sampai dekat destinasi tu ahli kumpulan syikin debeli pelbagai rempah. Kena asingkan dan bagi nama rempah tu. Kumpulan kitorang dapat jawab.

Seterusnya, kitorang kena pergi balik dekat kolam lumpuh tu sebab dekat situ penamat kitorang. Kitorang semua kena masuk dalam kolam ni untuk bersihkan badan kitorang. Kolam tu kotor juga. Nak naik? Syikin paling lambat. Maluuuuu :b. Bukan apa, syikin ada peribadi yang malu nak baik time tu lah. So, perlahan-lahan syikin cuba untuk naik. Alhamdulillah boleh walaupun lambat sangat. Kesian kumpulan syikin terpaksa tunggu. Maaf. Habis dah explores kitorang. Balik kem balik kemas barang semua untuk balik. Rasa sedih sangat, nak nangis. Walaupun syikin rasa kem tu macam seksa sangat. Tapi kem tu lah bagi syikin semangat, fikir positif, berani dan macam-macam lagi. Thanks kepada fasi yang ajar kitorang dekat sana terutama Abang Bai. Abang Bai lah yang bagi syikin semangat untuk teruskan hidup. Terima kasih kepada semua fasi :') Bersurai..

Daripada cerita ni kan. Mesti korang dapat rasa macam mana keadaan kan. Walaupun masa datang macam boring, menyesal tetapi bila korang balik je dari kem ni korang akan dapat banyak kebaikan. Serious!! Kalau next year ada lagi pergi sini. Syikin nak pergi lagi. Syikin nak cuba semua benda yang syikin tak berjaya. Syikin yakin, syikin boleh! Insya Allah.. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan syikin yang bekerjasama. Maaf sebabkan syikin korang semua sakit hati. Maaf! Terima kasih Kem Modal Insan yang mengubah kami ke arah manusia yang berguna. Terima kasih!!